Azolla sangat mudah dan cepat untuk membiak. Ia memerlukan baja dan cahaya matahari yang mencukupi dan boleh membiak sekali ganda dalam masa 2 hingga 5 hari.
Anda memerlukan :
- Azolla segar sebagai starter. Anda boleh dapatkan Azolla starter dari kami.
- Bekas yang boleh menakung air dengan kedalaman 4 hingga 6 inci.
- Baja seperti baja organik (tahi ayam, kambing dsb)
Langkah 1
Sediakan takung yang sesuai dan buat lubang overflow agar air tidak melimpah keluar.. Jika menggunakan air paip, biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
Langkah 2
Masukan sedikit baja. Disarankan untuk anda menggunakan 3 takung air dan letak kuantiti baja yang berbeza. Dengan ini anda boleh tahu berapa kuantiti yang sesuai melalui perkembangan di 3 takung tersebut.
Anda boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam atau kambing. Anda boleh membelinya di mana-mana nursery atau ambil di ladang anda. Jika gunakan yang diambil dari ladang, biarkan dalam semimggu sebelum digunakan.
Langkah 3
Masukan Azolla untuk memenuhi tidak lebih dari 50 peratus dari permukaan air. Letak takung ditempat yang ada cahaya matahari yang mencukupi. Dalam masa 3 hingga 5 hari, Azolla akan memenuhi takung tersebut. Kadar pembiakan berbeza mengikut jumlah baja dan cahaya matahari.
Anda boleh melihat perbezaan kadar pembiakan mengikut baja yang digunakan. Ini memudahkan untuk anda anggarkan kuantiti baja yamg sesuai.
Ini ialah hasil yang anda mahukan, dimana Azolla membiakan dengan cepat, segar, kelopak yang besar dan tebal.
Langkah 4
Setelah azolla penuh, anda boleh ambil separuh dan masukan dalam takung lain.. Ulang hingga anda mempunyai cukup stok Azolla.
Selepas itu anda boleh mula mengambil Azolla untuk diberi pada ternakan atau biakan dalam takung atau kolam yang lebih besar.
Diseksyen video, anda boleh melihat cara2 Azolla dibiakan dan digunakan India, Indonesio dan Filipina. Pilih cara yang sesuai dengan keadaan dan sumber yang ada diladang anda.
Selamat mencuba. Jika ada apa2 pertanyaan, hubungi kami melalui FB page kami di http://facebook.com/azollamalaysia