Membuat Bokashi Azolla

Cara2 buat bokashi Azolla. 

Bokashi Azolla yang sudah siap


1 kg Azolla segar.

1 kg dedak biasa (boleh juga campurkan jagung halus, hampas saya dsb)

50ml EM dan 50ml Molasses 

CARA-CARANYA
Gaulkan azolla dan dedak


Bancuh EM dan mollases dengan 1/2 liter air tanpa klorin. Gaul hingga rata.

Masukan dalam bekas kedap udara dan simpan selama seminggu sebelum digunakan.

Selamat mencuba.

Pengenalan mengenai Azolla


Azolla adalah sejenis tumbuhan air terapung dan tergolong dalam keluarga Azollaceae. Azolla menjadi hos pada alga simbiotik biru hijau, Anabaena azollae, yang bertanggungjawab untuk penetapan dan asimilasi nitrogen (nitrogen fixing) dari udara. Azolla, seterusnya, menyediakan sumber karbon dan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan alga. Ia adalah hubungan simbiotik unik yang membuatkan Azolla sebagai tumbuhan yang berguna dengan kandungan protein yang tinggi.

Azolla sangat mudah untuk membiak dan sesuai digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan, ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya.  Ia juga boleh digunakan sebagai baja organik untuk pertanian.  Ia popular dan ditanam secara meluas di negara-negara lain seperti India, China, Indonesia, Vietnam, dan Filipina, tetapi masih belum digunakan secara meluas ni Malaysia.


Kandungan nutrien dan kesannya ke atas pertumbuhan

Azolla adalah sangat kaya dengan protein, asid amino, vitamin (vitamin A, vitamin B12 dan Beta Carotene) dan mineral seperti kalsium, fosforus, kalium, besi, copper, magnesium dan lain-lain
Pada berat kering, ia mengandungi 25 - 35 peratus protein, 10 - 15 peratus mineral dan 7 - 10 peratus asid amino, bahan-bahan bio-aktif dan bio-polimer. Kandungan Karbohidrat dan lemak Azolla adalah sangat rendah. Komposisi nutrien menjadikannya makanan yang sangat sesuai untuk ternakan (lihat Jadual 1). Ternakan mudah mencerna Azolla kerana protein yang tinggi dan kandungan lignin rendah.


Cara-cara pembiakan Azolla

Azolla sangat mudah dan cepat untuk membiak. Ia memerlukan baja dan cahaya matahari yang mencukupi dan boleh membiak sekali ganda dalam masa 2 hingga 5 hari.

Anda memerlukan :
  1. Azolla segar sebagai starter. Anda boleh dapatkan Azolla starter dari kami.
  2. Bekas yang boleh menakung air dengan kedalaman 4 hingga 6 inci.
  3. Baja seperti baja organik (tahi ayam, kambing dsb)

Langkah 1

Sediakan takung yang sesuai dan buat lubang overflow agar air tidak melimpah keluar.. Jika menggunakan air paip, biarkan semalaman untuk hilangkan klorin. 


Langkah 2

Masukan sedikit baja. Disarankan untuk anda menggunakan 3 takung air dan letak kuantiti baja yang berbeza. Dengan ini anda boleh tahu berapa kuantiti yang sesuai melalui perkembangan di 3 takung tersebut.

Anda boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam atau kambing. Anda boleh membelinya di mana-mana nursery atau ambil di ladang anda. Jika gunakan yang diambil dari ladang, biarkan dalam semimggu sebelum digunakan.


Langkah 3

Masukan Azolla untuk memenuhi tidak lebih dari 50 peratus dari permukaan air. Letak takung ditempat yang ada cahaya matahari yang mencukupi. Dalam masa 3 hingga 5 hari, Azolla akan memenuhi takung tersebut. Kadar pembiakan berbeza mengikut jumlah baja dan cahaya matahari. 


.

Anda boleh melihat perbezaan kadar pembiakan mengikut baja yang digunakan. Ini memudahkan untuk anda anggarkan kuantiti baja yamg sesuai.


Ini ialah hasil yang anda mahukan, dimana Azolla membiakan dengan cepat, segar, kelopak yang besar dan tebal.


Langkah 4

Setelah azolla penuh, anda boleh ambil separuh dan masukan dalam takung lain.. Ulang hingga anda mempunyai cukup stok Azolla.

Selepas itu anda boleh mula mengambil Azolla untuk diberi pada ternakan atau biakan dalam takung atau kolam yang lebih besar.

Diseksyen video, anda boleh melihat cara2 Azolla dibiakan dan digunakan India, Indonesio dan Filipina. Pilih cara yang sesuai dengan keadaan dan sumber yang ada diladang anda.

Selamat mencuba. Jika ada apa2 pertanyaan, hubungi kami melalui FB page kami di http://facebook.com/azollamalaysia



Dapatkan Azolla anda sekarang

Anda boleh membeli Azolla untuk pembiakan secara online dari kami atau self-collect di Danau Kota, KL atau Bukit Beruntung, Selangor.

Untuk pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp 017-727 1844


Pakej 1 - Azolla 300g


Harga   : RM 50.00
Poslaju : RM  6.00 semenanjung
               RM 10.00 sabah/sarawak



















             

Pakej 2 - Azolla 900g

Harga   : RM 100.00
Poslaju : RM   10.00 semenanjung
               RM   15.00 sabah/sarawak






















Untuk pertanyaan/pembelian sila sms/whatsapp 017-727 1844







Video mengenai Azolla

Untuk memudahkan anda mendapat informasi mengenai Azolla, kami mengumpulkan video dari youtube mengenai Azolla. Malangnya tidak banyak video dari Malaysia. Walau apa pon bahasa yang digunakan, kita masih boleh mempelajarinya.

Cara pembiakan Azolla



Cara pembiakan Azolla di Indonesia



Cara pembiakan Azolla di kolam ikan

Cara-cara pembiakan Azolla di India



Azolla sebagai makanan untuk Ayam




Penternakan ayam organik menggunakan Azolla di Filipina



Azolla sebagai makanan untuk lembu